2,000 Penduduk Taman Ria Berhadapan Bau Busuk Setiap Hari

514

Lebih 2,000 penduduk di Taman Ria, Padang Serai di sini terpaksa berhadapan bau busuk akibat kegagalan pihak kontraktor sampah mengutip sampah di kawasan itu sejak minggu lalu.

Tinjauan kami mendapati longgokan sampah semakin banyak dan keadaan bertambah rumit apabila sampah-sampah itu mula mengeluarkan bau busuk.





Penduduk mendakwa keadaan semakin hari semakin buruk apabila air dari sisa longgokan sampah yang tidak dikutip telah mengalir ke kawasan rumah mereka.

Penduduk, Kassim Ahmad, 57, berkata, keadaan ini dikesan sejak minggu lalu dan keadaan seolah tidak berubah biarpun telah diajukan kepada pihak berwajib.

Kegagalan kontraktor untuk mengutip sampah berkemungkinan ada kaitan dengan skandal penyelewengan tender kontrak yang tersebar di media baru-baru ini.

Difahamkan, kontraktor-kontraktor baharu yang dipilih tidak memenuhi kriteria tender dan bantahan telah disuarakan oleh wakil kontraktor bumiputera Kedah dan Perlis dalam satu memorandum kepada Perdana Menteri.

Susulan bantahan itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Ketua Eksekutif sebuah syarikat pengurusan sisa pepejal bersama kakitangan syarikat itu atas dakwaan rasuah baru-baru ini.

Baca juga: Sampah Tidak Dikutip, Penduduk Taman Ria Gelisah