Ketiadaan jambatan menyebabkan penduduk di sebuah daerah di Jawa Timur terpaksa menghanyutkan keranda berisi jenazah ketika menyeberang sungai untuk ke tanah perkuburan.

Difahamkan, penduduk di daerah Gresik, terpaksa berbuat demikian setiap kali ada kematian terutama ketika musim hujan apabila air sungai dalam dan tidak boleh dilalui dengan berjalan kaki.

Penduduk menggunakan sekurang-kurangnya tiga tiub tayar lori bagi membina rakit untuk diletakkan keranda di atasnya.

Kejadian terbaru, rakaman video penduduk terpaksa menghanyutkan jenazah menggunakan rakit itu mula banyak dikongsikan di media sosial.

Menurut laporan Tribune News, rakaman yang dimuat naik di akaun Instagram @ndorobeii Rabu lalu, menunjukkan penduduk bekerjasama membawa keranda menyeberangi sungai dalam keadaan arus deras untuk ke tanah perkuburan. Seorang penduduk dikenali sebagai Doni berkata, mereka terpaksa melalui kesukaran itu setiap kali ada penduduk yang meninggal. Sejak dahulu lagi,  terutama ketika musim hujan apabila air sungai naik.mereka perlu menyeberangi air sungai. Hal ini kerana tiada jambatan yang di bina.

“Jika musim kemarau, sungai agak kering, baru lah kami boleh mengusung keranda dengan berjalan kaki, ” katanya.

Penduduk daerah itu mendakwa mereka sudah mengajukan masalah terbabit kepada pihak berkuasa tempatan tetapi tiada sebarang tindakan sehingga sekarang. Oleh kerana itu, penduduk mula memuat naik rakaman itu ke media sosial dengan harapan dapat diberi perhatian dengan segera.

Di Kampung ini sebenarnya dah ada tanah kubur, tetapi tak dapat digunakan kerana keadaannya yang terendam air dan kami terpaksa menyeberang ke kampung sebelah kerana di sana. Hal ini sering berlaku khususnya ketika musim hujan.

“Sudah bertahun-tahun kami melalui saat ini. Kadang-kadang dah menjadi kebiasaan. Namun kami tetap mengharapkan pihak berwajib supaya segera menyelesaikan masalah ini supaya tidak merumitkan keadaan kami di kemudian hari.” kata seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Budianto

Menurutnya lagi, kebanyaan warga sudah ada yang berpindah dan merantau antaranya disebabkan oleh fasiliti dan kemudahan yang sukar di kampung berkenaan. Namun masih ramai lagi yang menetap di sana. Baginya, jambatan merupakan satu kemudahan yang sangat diperlukan dan keutamaan untuk warga kampung buat masa ini.

Namun pihak Kecamatan Kedamean Gresek, Suhadi Kades ketika ditemui memperjelaskan bahawa punca jambatan tak mampu dibangunkan sebelum ini adalah kerana kekurangan dan dan kewangan. Tambahan pula panjang jambatan sekitar 60 – 70 meter yang mungkin menelan belanja yang besar danpihak pemerintah tak mampu untuk membayarnya.

Namun begitu, beliau berjanji akan cuba menyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.

“Selain daripada urusan ini, ketiadaan jambatan banyak membantut perkembangan ekonomi dan urusan harian kami.” ujarnya lagi