3 Menteri Letak Jawatan Serta Merta

1705
A businessman handing in a blank envelope

Tiga menteri muda British letak jawatan semalam susulan Brexit, sekali gus menentang Perdana Menteri, Theresa May dalam menyokong rancangannya memberi Ahli Parlimen suara yang lebih besar berhubung pengunduran dari Kesatuan Eropah (EU), kata sumber kerajaan.

Menteri Luar Negara, Alistair Burt dan Menteri Kesihatan, Steve Brine meletak jawatan, kata sumber kerajaan kepada AFP, sementara Menteri Perniagaan, Richard Harrington mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan kerajaan di Twitter.

Mereka adalah antara 30 anggota parti Konservatif pimpinan May yang menentangnya dalam mengundi usul untuk memberi kuasa kepada ahli parlimen mengendalikan urusan di parlimen lewat minggu ini. Mereka juga diberi peluang untuk mencadangkan pelan alternatif Brexit.

Dalam surat peletakan jawatannya, Harrington berkata pendekatan kerajaan seolah ‘bermain roulette dengan kehidupan dan mata pencarian majoriti masyarakat di negara ini’.

Beliau berkata akan melakukan ‘segala yang terdaya’ untuk mengelakkan Britain daripada meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian. – AFP