30 Julai Diisytihar Sebagai Cuti Umum Sempena Pertabalan Agong

262

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan tarikh 30 Julai (Selasa) ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ismail Bakar berkata, pengisyiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.