Amaran Speaker Berkaitan Isu Video Semburit Mirip Menteri Adalah Pelik – Dr Kamarul Yusof

379

Dari facebook Dr Kamarul Zaman Yusof;

ISU VIDEO SEKS: MENGAPA SPEAKER TERLALU CEPAT BERI AMARAN?

Tertarik dengan amaran yang diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, kepada Ahli Parlimen hari ini agar tidak membangkitkan sebarang isu berhubung klip video seks sejenis melibatkan seorang menteri dalam sidang Parlimen akan datang.

Mengikut portal berita Free Malaysia Today, beliau berkata adalah bertentangan dengan peraturan Parlimen bagi membangkitkan atau membincangkan semasa sidang Parlimen isu yang masih disiasat polis kerana ia dikatakan boleh menjejaskan proses siasatan.

Beliau malah berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang menimbulkan isu itu mengikut peraturan Parlimen.

Tertanya-tanya mengapa beliau terlalu cepat memberikan amaran mengenai perkara ini.

Ini kerana Artikel 23(1)(g) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Standing Orders of the Dewan Rakyat) hanya menyebut “sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus menggelengcungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam timbangan Mahkamah” (“a question shall not be so drafted as to be likely to prejudice a case under trial, or be asked to any matter which is sub judice”).

Isu yang belum dibicarakan oleh mahkamah pun sudah tidak boleh dibangkitkankah?