50 Ulama Bakal Bersidang Bincang Hala Tuju Institusi Pendidikan Pondok Di Era Malaysia Baru

224

KOTA BHARU: Seramai 50 ulama dari seluruh negara akan menyertai persidangan meja bulat pada 23 Mei ini membincangkan perkembangan institusi pendidikan pondok di era Malaysia Baharu sekarang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Dr Mohd Yusnan Yusof berkata, persidangan itu diadakan secara tertutup di Kelantan Trade Center (KTC).

Katanya, perbincangan dalam kalangan ulamak pondok berkisar hala tuju dan masa depan pondok di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang.

“Program tersebut merupakan sebahagian pengisian Ijtimak Pondok Se-Malaysia yang diadakan di Madinah Ramadan bermula jam 9 pagi,” katanya di sini semalam.

Dr Yusnan yang juga Adun Melor berkata, ulama terkenal di nusantara iaitu Baba Ismail Sepanjang dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka turut hadir.