70,000 Lot Parkir MBSA Diserah Kepada Swasta, Caj Letak Kereta Akan Dinaikkan Sehingga 50 Peratus Mulai Isnin Dakwa Najib

738

Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak melalui hantarannya di facebook mendakwa caj letak kereta di sekitar bandaraya Shah Alam akan mengalami kenaikan sehingga 50 peratus bermula Isnin ini.

Menurut beliau, kenaikan ini berlaku susulan 70,000 lot parkir milikan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah diserahkan kepada pengendali swasta minggu ini.

Najib menulis;

Keseluruhan 70,000 lot parkir milik Majlis Bandaraya Shah Alam telah diserahkan kepada sebuah syarikat swasta minggu ini.

Dengan itu, semua caj parkir di Shah Alam akan dinaikkan 50% bermula hari Isnin (1 April 2019).

Tak kira nak park 1/2 jam ke atau nak beli pas bulanan. Semua naik 50%.

Menteri HARAPAN Coin tahu atau tidak?

Adakah ini antara usaha kerajaan PH untuk mengurangkan kos sara hidup atau hadiah kerana mengundi PH di sana?