ADUN Bukan Islam Pulau Tikus Agih Kit Bantuan : Zakat Pulau Pinang Tampil Beri Penjelasan

340

Kenyataan media dari Zakat Pulau Pinang;

MAKLUMAN AWAL ISU BERKAITAN PENGEDARAN KIT BANTUAN ZAKAT SEMPENA RAMADHAN OLEH YB ADUN PULAU TIKUS.

Assalamualaikum W.B.T

Zakat Pulau Pinang, MAINPP mengambil maklum tularnya berita di media sosial mengenai ADUN Pulau Tikus, YB Chris Lee Chun Kit mengedarkan kit bantuan zakat kepada penduduk islam yang dikenalpasti layak untuk menerima bantuan zakat.

Status ini telah dipadamkan dari facebook Chris Lee Chun Kit

Sebagai makluman, pihak ZPP menerima permohonan kit bantuan Ramadhan dari pelbagai pihak seperti Pusat Khidmat ADUN, Penyelaras DUN, Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen, MPKK dan juga NGO untuk diagihkan kepada asnaf di kawasan masing-masing.

Pihak ZPP mensyaratkan setiap permohonan hendaklah disertakan dengan senarai nama lengkap penerima seperti Nama, Alamat, No Kad Pengenalan, Pendapatan dan tanggungan. Pihak ZPP akan membuat penilaian dan tapisan senarai nama yang dikemukakan dan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan bantuan. Dimaklumkan juga permohonan daripada Pusat Khidmat ADUN di uruskan oleh pegawai seranta ADUN yang beragama islam.

Walaubagaimanapun, ketika agihan kit bantuan berkenaan dibuat oleh Pegawai seranta ADUN kepada penerima bantuan, YB berkenaan ingin turut serta dan menyampaikan kit bantuan berkenaan kepada penerima. Perkara ini adalah diluar kawalan ZPP dan pihak kami akan memantau perkara ini dari masa kesemasa. Kami difahamkan tindakan mereka hanya sekadar mengambil gambar penyerahan mungkin sekadar untuk info pengundi-pengundi kawasan yang diwakili mereka.

ZPP, MAINPP sedar perkara ini boleh menimbulkan fitnah dan telah mengambil langkah memberi nasihat kepada ADUN berkenaan.

Terima kasih.