Ahli Majlis Lapor Polis Dakwa ADUN PH Bocorkan Minit Mesyuarat Kerajaan Negeri, Minta Rasuah?

931

Hari ini tersebar di media sosial sesalinan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean dan mendakwa seorang ADUN dari Pakatan Harapan negeri ini telah melakukan pecah amanah apabila membocorkan minit Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan niat untuk mengaut keuntungan.

Sinar Harian melaporkan;

IPOH-Seorang Exco Perak didakwa membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan habuan daripada dua syarikat berkaitan pertanian.

Ahli Majlis Daerah Kerian, Beh Yong Kean berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu bertujuan memulakan rundingan bagi mendapatkan komisen dalam menyokong permohonan tanah seluas lebih 36 hektar.

“Tujuan exco terbabit adalah untuk memulakan rundingan, meminta komisen untuk menyokong permohonan tanah pertanian berkenaan daripada dua syarikat tersebut.

“Perkara ini dikesan sejak tahun lalu. Kita mempunyai -bukti dan saksi berkaitan yang akan diserahkan kepada polis,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pusat di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu menyalahi Akta Rahsia selain menyalahgunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah.

“Sebagai wakil rakyat dan Exco, tidak seharusnya membocorkan rahsia kerajaan untuk meminta rasuah. Diharapkan pihak polis dapat menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukan beliau dalam kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan menerima laporan terbabit namun laporan tersebut akan dirujuk ke Kuala Kurau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Beh Yong Kean, AJK Cawangan PKR Parit Buntar

KENYATAAN MEDIA

Saya BEH YONG KEAN, sebagai AJK Cabang PKR PARIT BUNTAR, merangkap Ahli Majlis Daerah Kerian dan bekas Pegawai Khas ADUN KUALA KURAU.

Hari ini saya buat laporan polis terhadap Exco Kerajaan Negeri Perak mengenai membocorkan kertas minit Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang mana menyalahi dan melanggar Akta Rahsia yang merupakan tindakan jenayah.

Tujuan membocorkan kertas minit Mesyuarat MMK adalah untuk memulakan rundingan, meminta komisyen untuk menyokong permohonan berkenaan tanah pertanian lebih kurang 90 ekar daripada 2 syarikat.

Bukti2 akan diserahkan kpd pihak Polis. Saksi pun ada.

Sebagai wakil rakyat dan Exco, tidak seharusnya membocorkan rahsia kerajaan dan menggunakan kedudukan untuk meminta rasuah.

Akhirnya sy harapkan pihak Polis menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukan dlm kerajaan.

BEH YONG KEAN