Akhirnya Equanimity Dijual Kepada Genting Malaysia Berhad Pada Harga RM514.4juta, Lebih Rendah Dari Harga Minimum Ditetapkan Mahkamah

465

PETALING JAYA: Putrajaya memutuskan untuk menjual kapal layar mewah Equanimity kepada syarikat tujuan khas (SPV), Genting Malaysia Bhd pada harga RM514.4 juta.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, Genting akan membayar RM514.4 juta kepada Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur pada akhir bulan ini.

“Ini bakal menjadi jumlah pemulihan daripada skandal 1MDB yang tertinggi setakat ini untuk kerajaan Malaysia dalam jangka masa cuma 8 bulan dari tarikh tindakan ini dimulakan.”

Katanya, RM514.4 juta ialah tawaran terbaik yang diterima dalam 5 bulan, sejak kerajaan mengumumkan akan menjual Equanimity pada Oktober tahun lalu.

Jabatan itu berkata, banyak tawaran diterima sepanjang tempoh itu, tetapi hanya sebilangan kecil tawaran yang melebihi AS$100 juta, dengan Genting menawarkan harga tertinggi.

Katanya, walaupun jualan itu gagal mencapai harga pasaran Equanimity berdasarkan penilaian Winterbotham sebanyak AS$130 juta, tetapi pulangan bersih diperolehi Putrajaya adalah yang terbaik dan lebih tinggi daripada jangkaan kerajaan.

“Memandangkan tawaran daripada Genting telah dirunding secara terus dengan kerajaan Malaysia, tiada komisen ejen yang perlu dibayar, yang membawa kepada penjimatan sebanyak AS$4.4 juta.

Sebelum ini, media melaporkan perintah mahkamah telah menetapkan harga minimum bagi kapal mewah Equinimity ditetapkan pada harga RM534.7juta.

Secara tidak langsung, harga penjualan Equinimity kepada Genting Malaysia dilihat lebih murah berbanding penetapan harga yang ditentukan mahkamah sebanyak RM29.3juta