Akhirnya Kerajaan PH Perak Tumbang Secara Rasmi

626

IPOH: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Pengambilalihan itu dibuat selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengumumkan tindakan keluar daripada Pakatan Harapan.

Empat ADUN daripada BERSATU kini membentuk gabungan bersama 25 wakil daripada UMNO dan tiga wakil PAS.

Ahmad Faizal berkata, Perikatan Nasional kini menguasai 32 kerusi dalam DUN Perak membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan yang baharu.