Akhyar Rashid Bakal Jadi Pemain Pertama Dari Malaysia Beraksi Di Liga Juara-Juara

111
KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Aksi pemain kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid ketika menentang pasukan Vietnam pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Perlawanan tamat dengan keputusan Malaysia 2-2 Vietnam.?-- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA?

TONGGAK muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid menarik minat sebuah kelab terkemuka Eropah, BATE Borisov yang pernah beraksi di Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Europa (UEL) sebelum ini.

Perkara ini didedahkan, Football Agent – Malaysia menerusi satu hantaran di laman Facebooknya semalam yang mengesahkan kelab Liga Perdana Belarus itu mahu menguji pemain berusia 20 tahun berkenaan dalam masa terdekat.

“Bate Borisov berminat untuk menguji Akhyar Rashid dalam masa terdekat. Kelab tersebut kini menduduki tangga ke-3 selepas 6 perlawanan liga, selain tidak asing dalam saingan UCL dan UEL.

“Pihak Football Agent – Malaysia akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut,” kata kenyataan itu.

Jika berjaya menandatangani perjanjian dengan kelab itu, Akhyar bakal menjadi pemain Malaysia pertama yang akan beraksi di UCL dan UEL memandangkan kelab itu layak beraksi ke kejohanan tertinggi Eropah itu untuk musim 2019/2020.