Al-Quran Ajar Ludah Makanan Sebelum Hidang Kepada Bukan Islam – Calvin Voon

1792

Seorang pengguna facebook, Calvin Voon menaikkan hantaran mendakwa di dalam kitab suci orang Islam, Al-Quran terdapat ajaran meludah makanan sebelum dihidangkan kepada orang bukan Islam.

Menurut Calvin lagi, ajaran tersebut dikenali sebagai ‘makruh’ yang didakwa selalu dilakukan terhadap orang kaf1r dan menyifatkannya sebagai budaya f*cktard.

Beliau kemudian menyeru rakan-rakan facebooknya supaya mengelakkan makanan orang Islam sambil menaikkan satu video yang dipercayai berlaku di India.

Terjemahan:

“Budaya f*cktard. Mereka meludah pada makanan. Dalam quran dikatakan supaya meludah pada makanan sebelum dihidangkan kepada bukan Muslim. Ini dikenali sebagai makruh. Kebiasaannya mereka selalu buat begitu kepada orang kaf1r. Jadi elakkan makan di orang Islam…” – Calvin Voon.

Hantaran tersebut mendapat kritikan dari pengguna facebook muslim di ruang komen dan kini tidak dapat diakses dipercayai telah dipadamkan.

Buletin TTKM melakukan carian ke belakang (reverse search) dan mendapati video tersebut berasal dari satu video dalam tulisan Malayalam yang dinaikkan di Youtube dua tahun lalu.

Pada masa yang sama, kami mendapati di dalam al-Quran tidak terdapat arahan seperti yang didakwa oleh Calvin Voon.

Cubaan menghubungi Calvin Voon gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan kami.

Sementara itu, beberapa pengguna facebook merancang melakukan laporan kepada pihak polis dan SKMM petang ini berhubung hantaran Calvin Voon itu yang didakwa berunsur jelik, fitnah, menghina islam dan juga menghasut.

– Buletin TTKM-