Anak Bekas PM, Nazif Najib Selamat Diijabkabul Dengan Pilihan Hati

676

Dato’ Mohd Nazifuddin Bin Mohd Najib, anak kepada bekas Perdana Menteri hari ini selamat melangsungkan majlis pernikahannya dengan pilihan hatinya.

Melalui satu status yang dinaikkan di facbook miliknya, beliau menulis;

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah hari jumaat yang indah dan penuh barakah. Dengan izin Dari-Nya, saya telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati saya. Saya juga bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan dari awal hingga akhir.

Titipkan doa yang berpanjangan supaya ikatan suci ini sentiasa bahagia kekal abadi hingga ke syurga dan dikurniakan keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.

Terima kasih.
#naziffitri #akadnikah

Walau bagaimanapun, identiti isteri beliau masih menjadi tanda tanya kerana tiada sebarang maklumat dikongsikan.