Anak Dilarikan Kekasih

148

Langkawi – Seorang perempuan warganegara Indonesia yang bekerja sebagai pembantu restoran mendapati anaknya berumur 3 tahun yang dijaga oleh kekasihnya dan isteri kekasih di kediaman kuarters Hospital Besar Langkawi telah hilang.

Kehilangan tersebut disedari sejak hujung Februari 2019 dan pada 03.03.2019 jam l/kurang 12.08 malam Perempuan Warganegara Indonesia tersebut membuat laporan polis mengesyaki anaknya telah dilarikan berikutan kekasih dan isteri kekasih tidak dapat dihubungi dan telah melarikan diri.

YDH Supt Mohd Iqbal Bin Ibrahim Ketua Polis Daerah Langkawi menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak dan saspek-saspek tersebut untuk tampil dan memberikan kerjasama kepada pihak Polis dan Pegawai Penyiasat Kes.

Kes disiasat di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak.