Anak Sahkan Mamat Khalid Beransur Pulih

391

KUALA LUMPUR: ANAK perempuan kepada pengarah Mamat Khalid, Sara Khalid, berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan kesembuhan bapanya menerusi status di Facebook.

Tambah beliau, keadaan bapanya itu kini beransur pulih dan turut menunjukkan tanda-tanda positif setelah menerima rawatan di hospital.

“Terima kasih yang mendoakan, yang datang melawat, yang sedekahkan bacaan yassin dan al-fatihah, yang solat hajat untuk kesembuhan papa. Alhamdulillah, he is improving and showing positive response towards his meds.

I am eternally indebted to all of your kind souls, kalian adalah rahmat Tuhan kepada keluarga kami. Semoga Allah swt membalas jasa baik kalian kepada papa ❤ insyaAllah,” tulis Sara di laman Facebook.

Sebelum ini, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Menurut isteri beliau, Hasmah Hassan, Mamat dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat selepas mengadu sakit dada dan batuk.