Anggota Trafik Patah Tapak Kaki Digilis Ketika Op Selamat

244

Masih mampu tersenyum, begitulah riak wajah kecekalan hati seorang anggota trafik yang mengalami kecederaan patah tapak kaki kanan apabila digilis kenderaan ketika bertugas dalam Op Selamat Tahun Baharu Cina di lampu isyarat Jalan Rasah – Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Koperal Omar Mohd, 51, bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menjadi mangsa kemalangan tersebut akibat kecuaian seorang pemandu yang tiba-tiba menukar haluan kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Ketika orang lain sedang bercuti bersama keluarga, anggota polis berpanas berhujan menjalankan tugas berhadapan dengan risiko yang mampu meragut nyawa mereka.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya dengan mengamalkan pemanduan berhemah.

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!