Antara Amy Search dan Mat Sabu, Siapa Yang Berbohong?

734

Kemaskini akaun instagram yang dibuat oleh Menteri Pertahanan, Mohamad bin Sabu bersama penyanyi terkenal, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi bin Abdul Rahman siang tadi menjadi tular di media sosial.

Selain Mat Sabu, Amy juga dilihat mengemaskini akaun instagram miliknya dengan Menteri Pertahanan tersebut.

Namun begitu, bukan gambar yang dikongsikan menjadi bualan netizen, sebaliknya kapsyen yang ditulis kedua personaliti yang menjadi tumpuan.

Kapsyen yang tertera di akaun media sosial Mat Sabu menyatakan pertemuan itu berlaku di Kota Bharu, Kelantan. Amy pula melalui akaun instagram miliknya menyatakan pertemuan itu berlaku di Business Lounge KLIA.