Anwar Tidak Tahu DEB Sudah Dimansuhkan Sejak 1991?

607

Presiden PKR, Anwar Ibrahim semalam dipetik berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) berasaskan kaum perlu dihapuskan kerana ia tidak mapan untuk jangka panjang.

Klik gambar untuk baca artikel penuh

Namun begitu, ucapan yang dibuat Anwar itu dilihat sedikit janggal kerana beliau memberikan komentar terhadap sebuah dasar yang telah dimansuhkan sejak 1991, iaitu ketika Perdana Menteri, Tun Mahathir masih bergelar sebagai Perdana Menteri keempat lagi.

Klik gambar untuk bacaan lanjut

Seorang doktor yang juga blogger, Dr. Novandri Hassan Basri melalui facebook miliknya menulis;

Tak pasti sama ada Anwar dah nyanyuk atau baru keluar gua atau tak tahu apa2.

Anwar kata Dasar Ekonomi Baru (DEB) berasaskan kaum perlu dihapuskan kerana ia tidak mapan utk jangka panjang.

Dr Novandri Hassan Basri

Utk pengetahuan Anwar …. dah tak ada DEB sejak 1991 lagi. Ia diganti dgn Dasar Pembangunan Nasional pada Jun 1991 & Dasar Wawasan Negara pada April 2000 & Model Ekonomi Baru pada Mac 2010.

Dan di sepanjang perlaksanaan dasar2 itu, orang miskin memang pun dibantu, tidak kira dia Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan.

Ketika DEB mula dilaksana, kemiskinan dlm kalangan kaum Melayu pada paras 64.8 peratus. Profesional Melayu ketika itu hanya 4.9%. Pada 1995, profesional Melayu meningkat kpd 31.1%. Anwar, Wan Azizah & anak2nya adalah hasil DEB. Siapakah 10 terkaya di negara ini?

Anwar patut kaji jurang pendapatan isi rumah Melayu/Bumiputera & lain2.

Anwar mungkin mahu bodek & mengambil hati bukan Melayu/bumiputera tapi janganlah perlekehkan DEB. Dan janganlah pusing cakap tu bila bercakap depan kaum Melayu/bumiputera.