Rafidah Guna Nama Allah Untuk Lempar Tuduhan Palsu – Najib Razak

904

Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak hari ini melalui hantaran di facebook miliknya mempersoalkan kebenaran tuduhan berkaitan penswastaan tanah milik tentera yang turut disulami dengan sumpah “Demi Allah” oleh Tan Sri Rafidah Aziz.

Najib menulis;

Saya juga inigin bertanya lagi mengenai tuduhan amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.

Tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat “Saya bersaksi dengan Allah” dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

Nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14.

Kini, PH telah memegang Putrajaya selama 9 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai tuduhan yang amat serius ini.

Sekadar memeriksa Surat Hakmilik sudah tahu kebenaran. Tak sampai setengah hari pun.

Inipun sudah masuk 9 bulan.

Apa telah jadi dengan tuduhan “Demi Allah” ini?