Atuk Tidak Pernah Berubah?

457

Atuk tak pernah berubah? Mari kita perhatikan.

Oleh : Harris Nasril

Portal The Malaysian Insight mendakwa melihat satu surat dari Atuk sepanjang 17 perenggan kepada Maszlee, yang mengarahkan beliau meletakkan jawatan kerana mengingkari arahan kabinet. ( Pelik, bagaimana boleh bocor kepada TMI, Atuk patut siasat ni!)

Setakat ini Maszlee tidak membuat sebarang penafian di atas laporan tersebut.

Arahan kabinet apa yang beliau ingkari?

Tidak jelas. Tapi menarik diperhatikan nama YTL sejak akhir-akhir ini diperkatakan ramai orang, kerana pada sidang akhbar Maszlee, beliau ada menyebut salah satu isu yang kontroversi adalah internet percuma di sekolah selain isu jawi dan sarapan percuma.

Untuk rekod, kontrak YTL Communication membekalkan internet ke sekolah melalui rangkaian 1BestariNet telah tamat pada tahun lalu.

Maszlee kemudian tidak menyambung kontrak tersebut, sebaliknya membuka kepada pesaing telekomunikasi lain seperti telekom.

Kembali semula kepada persoalan saya tadi, kenapa saya kata atuk tak berubah?

Dulu saya masih ingat ketika sekitar tahun 90an, satu semenanjung Malaysia terputus bekalan elektrik. Tak salah saya keesokan hari baru pulih.

Insiden itu telah menyebabkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Atuk yang ketika itu adalah PM ke 4, meminta Allahyarham Tan Sri Ani Arope menandatangani kontrak perbekalan elektrik oleh penjana elektrik bebas (IPP) kepada TNB. Harganya tidak munasabah, di mana pada akhirnya TNB terpaksa membeli pada harga yang mahal seterusnya membebankan pengguna.

IPP yang pertama itu tidak lain tidak bukan, adalah YTL Power Generation Sdn Bhd. Perjanjian berat sebelah itu adalah untuk selama 21 tahun iaitu dari 1994-2015!

Selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit. 300% perbezaan!

Kemudian tumbuh lagi IPP lain membekalkan elektrik kepada TNB antaranya Powertek Bhd, Genting Sanyan Power Sdn Bhd, Segeri Energy Ventures Sdn Bhd, Malakoff Bhd, Tanjung plc, EPE Power Sabah Energy Corp, Alpha Intercount’l Bhd, Sutera Bhd, Cergas Unggul Sdn Bhd dan Ekran Corp.

Semuanya kroni.

Kesemuanya IPP ni akan memberikan keuntungan berbilion-bilion!

Apakah yang dilakukan oleh Tan Sri Ani Arope apabila disuruh menandatangani perjanjian ini? Beliau enggan. Oleh sebab itu beliau meletak jawatan.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” – Tan Sri Ani Arope

Kes Tan Sri Ani Arope ada persamaan dengan kes Maszlee meletak jawatan. Keduanya ketika atuk menjadi PM dan juga ada terkait dengan syarikat yang sama pula tu!

(Tiada kenaikan harga elektrik semenjak beberapa tahun yang lalu kerana 1MDB telah membeli semua IPP)

Ingat tak ketika kempen PRU 14 sebelum ini di mana atuk berkata beliau tak ada banyak masa untuk pulihkan Malaysia kerana usianya yang sudah 90 lebih?

Sudah setahun lebih, apa yang pulih? Pasaran saham makin jahanam, pelabur asing lari, dividen ASB, TH, LTAT semua kelaut!

Atuk, apakah yang sebenarnya atuk mahu lakukan? Atuk tak ada banyak masa nak pulihkan Malaysia atau nak pulihkan kroni?

Dan kamu ingat Atuk sudah berubah?

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/581492/1bestarinet-5-sebab-kementerian-tak-sambung-kontrak-ytlc

https://blog.limkitsiang.com/2014/12/20/ani-arope-on-how-tnb-got-a-raw-deal-from-ipps/

https://transparency.org.my/pages/news-and-events/press-releases/ti-m-wants-govt-and-tnb-to-renegotiate-power-purchase-agreements

Memoirs of Tan Sri Ani Arope