Azwanddin Dakwa Menteri PH Akan Terlepas Dari Tindakan Undang-Undang

343

MENTERI AKAN TERLEPAS DARI UNDANG- UNDANG DAN UNDANG-UNDANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK TERUS MENEKAN SAYA

Saya menerima dengan tenang saman yang telah difailkan terhadap saya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy pada 13 Mac 2019, ini berdasarkan dakwaan tentang ketika saya berucap di Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan meletakan jawatan sebagai Menteri Perpaduan P Waytha Moorthy di Klang, 25 Disember 2018 lalu.

Imbas kembali sejarah Negara, Waytha Moorthy, merupakan pencetus kepada gerakan kumpulan HINDRAF dan menghasut rakyat membuat rusuhan kaum India di Kuala Lumpur pada 25 November 2007.

Saman ini adalah peluang yang amat baik dan penting untuk saya terus membuka kembali bahawa beliaulah yang sebenarnya dalang kepada perpecahan kaum di Negara ini sejak dari dahulu.

Ruang dan peluang ini akan saya gunakan sebaiknya untuk membuka semula kes yang sehingga hari ini masih belum ada sebarang tindakan terhadap beliau yang jelas mempunyai bukti berbentuk video yang telah tersebar luas di dalam negara dan luar negara bagaimana beliau melakukan penghinaan kepada Melayu Islam dan Negara Malaysia, Peluang ini dapat saya memberikan perhatian semula kepada Rakyat Malaysia dan pihak berkuasa yang sudah hampir dilupakan walaupun sudah beratus laporan polis dibuat diseluruh negara terhadap beliau, namun tidak ada satu tindakan pun yang dikenakan terhadap Waytha Moorthy. Perkara ini juga perlu juga saya ulangi dan memberikan kesedaran semula kepada NGO-NGO Islam untuk bangkit kembali menyoal keadilan bagaimana seorang menteri boleh terlepas dari melakukan jenayah fitnah terhadap negara apakah beliau boleh terlepas begitu saja?

Sewaktu berada di Belanda, Waytha Moorthy telah membuat fitnah yang berniat jahat dan cuba memaksa campurtangan daripada Negara luar. Berikut adalah tuduhan fitnah dan hasutan serta penghinaan kepada Melayu Islam ketika berada di Negara Belanda.

  1. Beliau menanamkam api kebencian kepada umat Melayu Islam dengan mengatakan bahawa kaum India tidak diberi layanan yang sama rata dan telah ditindas dalam pelbagai perkara termasuklah kebebasan beragama.
  2. Dengan berniat jahat untuk mempengaruhi Negara luar , Waytha Moorthy melemparkan tuduhan bahawa sebanyak 10,000 buah kuil telah dirobohkan di Malaysia,sementara 23,000 buah lagi kuil berada di dalam ancaman.
  3. Menghasut Negara luar bahawa kaum India yang telah dilahirkan di Malaysia dipaksa untuk memeluk agama Islam sekiranya mahu berkhidmat di dalam kerajaan dan sekiranya mahu mendapatkan biasiswa.
  4. Menanamkan kebencian kepada Melayu Islam dengan menfitnah bahawa kaum India tidak diberi biasiswa, dan sebanyak 90 peratus Universiti di Malaysia diberikan peluang kepada orang Melayu Islam sahaja.
  5. Menuduh bahawa semua Bajet Pendidikan Negara diberikan kepada Melayu Islam setiap tahun yang berjumlah billion ringgit.
  6. Membuat fitnah secara terbuka di media asing bahawa telah berlaku pelanggaran serta pencabulan hak asasi melibatkan kaum India di Malaysia yang tidak berlaku pun.

Sebagai seorang peguam, Waytha Moorthy mempunyai pemikiran yang waras, dan tidakkah ini perbuatan fitnah yang sengaja dilakukan dan memperlekehkan Melayu Islam dan memburukkan Malaysia di mata dunia.

Saman kepada saya ini dilihat sebagai tindakan yang amat tertekan Waytha Moorthy dan adalah amat menjelekkan bahawa beliau malu dengan reputasinya sebagai Menteri. Tekanan demi tekanan yang dilakukan juga oleh rakyat supaya beliau meletak jawatan sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial seolah tidak didengari oleh Kerajaan dibawah Pakatan Harapan

Saya juga akan menerima apa sahaja tindakan oleh Waytha Moorthty dan akan terus bangkit dan mempersoalkan dan membuktikan penghinaan beliau kepada Negara Malaysia khasnya umat Melayu Islam.juga perlu diambil sirius oleh pihak berkuasa dan pihak kerajaan PH

Jujur & Amanah Satu Perjuangan,

Dato’ Azwanddin Hamzah
Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA
Pengerusi G3 
14 Mac 2019