“Bagai Kera Mendapat Bunga”, Dr Asri Mula Mengherdik Kerajaan PH?

722

Melalui satu hantaran terbaru di facebook Dr Maza, Mufti Perlis itu Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilihat seakan-akan mengherdik prestasi yang ditampilkan Pakatan Harapan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran Putrajaya.

Beliau menulis;

Kata peribahasa Melayu : ‘Bagaikan kera mendapat bunga’. Ia bermaksud orang yang tidak tahu menghargai ataupun menggunakan dengan cara yang betul apa yang dia perolehi. Inilah juga terjadi jika ada mendapat kuasa tapi tidak tahu apakah cara dan disiplin yang sepatutnya dilakukan dengan kuasa itu. Kuasa diberikan untuk membaiki keadaan rakyat agar lebih baik dan membela yang lemah. Malang jika ada yang mendapat kuasa untuk menunjuk-nunjuk kuasa. Maka kenalah perumpamaan Melayu ‘bagai kera mendapat bunga’ dan ‘bagaikan si kudung mendapat cincin’.

Rata-rata wargamaya yang memberikan komen, mengaitkan hantaran tersebut dengan kerajaan Pakatan Harapan dan ada sebahagian daripada mereka didapati menghentam Mufti Perlis itu yang sebelum ini dilihat lebih menjurus untuk menyokong PH.