Bangsa Melayu Terlalu “Beri Muka” Berlembut Pada Si Rasis – Menteri Kereta Terbang

363

Polemik pembelajaran khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang terus berlarutan sehingga Dong Zong menyelarnya sebagai permulaan Islamisasi mencetuskan satu fasa “inilah akibatnya bangsa bukan Melayu yang enggan menjunjung Perlembagaan”.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, tindak tanduk pihak terbabit yang menentang khat Jawi menunjukkan mereka tidak menghormati keperluan menggunakan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Bangsa Melayu terlalu berkompromi mengikut kehendak kaum yang terlalu rasis. Sudah tiba masanya bangsa Melayu bangkit mempertahankan budaya Melayu sebelum dimusnahkan pihak terbabit.

“Kita telah terlalu banyak beri muka. Negara lain tidak sebaik macam kita. Sistem pelajaran wajib digunapakai mengikut bahasa rasmi negara itu. Kita tidak begitu…berlembut sahaja.

“Marilah kita sama-sama perkasakan kembali budaya Melayu mengikut perlembagaan,” kata Menteri Pembangunan Usahawan itu kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.