Bantuan Khas Kepada Pesara: Dimana Lebihan Peruntukan RM42.324juta Disalurkan?

392

Bermula semalam, sebanyak 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 mula menerima agihan bantuan khas kepada pesara seperti mana pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Walau bagaimanapun keghairahan beberapa halaman facebook pro pakatan harapan yang memuatnaik infografik berkaitan bayaran khas itu menimbulkan sedikit persoalan di kalangan netizen.

Netizen dilihat melakukan pengiraan dan membandingkan keseragaman jumlah peruntukan RM80juta dengan nilai jumlah bayaran sebanyak RM500 kepada 75,352 penerima.

Pemilik facebook Noor Ismail menulis;

Berdasarkan status di atas, pemilik akaun tersebut dilihat mempertikaikan kenapa wujud lebihan RM42.324 juta berbanding nilai peruntukan asal selepas pemberian sebanyak RM500 diagihkan kepada 75,352 penerima.