Bekas Ahli Seumur Hidup DAP Senaraikan 10 “Kerosakan” Dibawa PH Selepas Setahun Mentadbir Putrajaya

882

Dari status facebook bekas ahli DAP seumur hidup, Amran Ahmad Nor;

10 ‘malapetaka’ sejak DAP-Pakatan Harapan rampas M’sia 1 tahun yang lalu

1. Harga barang terutama makanan makin naik akibat pengenalan SST, peluang pekerjaan pula semakin sedikit sampai PM terpaksa kata – baik kerja 3D daripada tak ada kerja langsung, kenaikan gaji minima yang menghina golongan pekerja dan pelbagai cukai baru pula akan diperkenalkan untuk tambah derita rakyat.

2. Ekonomi teruk – nilai ringgit terus merudum, kadar KDNK tak menentu, hutang negara makin naik sampai jumlah kenaikan itu boleh bayar habis hutang besar seperti 1MDB dan PTPTN, bursa merudum dan dividen institusi pelaburan awam makin mengecil. Peneroka kecil Felda menderita bila harga sawit jatuh tapi janji PH nak hapuskan hutang mereka pula tak tertunai.

3. HSR dibatalkan dan ECRL diubah suai sampai kontraktor orang kita susah nak cari makan dan isu keselamatan negara terus menimbulkan keraguan. Sebelum ini, kita ada peluang tambah pendapatan apabila orang Singapura boleh datang KL dengan cepat untuk membeli-belah dan balik semula pada hari yang sama. ECRL diubah suai tanpa ketelusan dan penuh putar-belit sampai PM China boleh sindir kerajaan Malaysia.

4. Harapan rakyat untuk lihat tol dihapuskan dan pelajar tak perlu bayar PTPTN hancur berkecai. Sebelum menang, janjikan bulan dan bintang dan bagi harapan kononnya hidup rakyat akan jadi lebih senang. Bila dah menang, PH yang dikuasai DAP tipu rakyat apabila tol dan PTPTN tak hapus tetapi tarif air pula akan naik dan pelajar kena bayar yuran pengajian yang lebih banyak.

5. GLC masih dalam genggaman kuasa dan kerakusan ahli politik untuk cari dana politik mereka manakala pelantikan ketua hakim negara, orang nombor satu SPRM dan peguam negara masih dalam cengkaman PM. Nak keadilan bagaimana kalau semua perkara masih dalam tangan PM dan bukan tertakluk kepada Parlimen seperti yang dijanjikan sebelum ini.

6. Kedudukan Islam tergugat sampai mufti Perlis sendiri kata – Islam dibuli, tak selamat sejak PH perintah Malaysia. Perpaduan kaum pula makin meruncing dengan rakyat terutama orang Melayu sekadar mampu melihat kedudukan Raja dan Sultan mereka mahu diganggu gugat dengan sengaja sambil isu asas seperti berkhatan dan bertudung jadi persoalan wajib ke tak.

7. Bila PH nak buat kereta nasional ketiga, maknanya kenderaan makin banyak dan jalan-jalan raya akan bertambah sesak terutama di waktu pagi dan petang balik kerja selain cuti umum. Kata nak jadi harimau Asia lah, negara maju lah, aspek pengangkutan awam tak diperbaiki dan orang masih terpaksa pandu kereta nak pergi kerja. Di negara maju, orang pergi kerja dan jalan-jalan pun naik bas.

8. Buat pertama kalinya, TH diuruskan oleh bangsa DAP. Orang Melayu Islam hilang harga dan maruah diri apabila bangsa DAP dilihat menguruskan institusi yang langsung menguruskan hal-ehwal rukun Islam ke-5 orang Islam dan inilah akibatnya apabila lantik menteri PAN yang dah tentu-tentunya balaci DAP. Hibah TH pun turun dari 6.25% kepada hanya 1.25%. Itu belum termasuk kehendak DAP yang mahu M’sia iktiraf UEC bagi perkuat pendidikan bangsa DAP yang akhirnya untungkan satu kaum sahaja. Percayalah, dah dapat UEC, bangsa DAP akan minta yang lain pula sambil setiap bulan kita tengok SJKC makin kaya-raya.

9. Lagi parah, tokong DAP, Lim Guan Eng pula dijemput untuk rasmikan pusat percetakan Al-Quran ke dua terbesar di dunia. Dah tak ada menteri Melayu Islam ke untuk rasmikan pusat itu kalau mungkin PM atau TPM sibuk sangat pada hari tersebut. Selepas pemimpin DAP dijemput rasmikan pusat Al-Quran, bangsa DAP makin berani sampai ada senator DAP nak nama Islam digugurkan daripada IC kita. Apa kena mengena dengan orang kafir ini untuk sibuk sangat pasal nama Islam pada IC sedangkan orang Islam sendiri tak pernah bersungut.

10. Akhir sekali, kita akan kembali dibuai dan melangkah kebelakang 20 tahun yang lalu apabila pertembungan antara dua pemimpin veteran kembali mewarnai politik negara. Tak cukup dengan kehancuran dan kebinasaan yang dibawa oleh bangsa DAP yang hanya memecah-belahkan kerukunan rakyat negara ini terutama ekonomi orang Melayu, kita pula dikejutkan dengan pengambil alihan Celcom oleh DiGi. Kita kena tahu dan faham bahawa Celcom bukan sahaja firma telekomunikasi kebangsaan tetapi juga syarikat orang Melayu. Sejak ditubuhkan oleh TS Tajudin Ramli, Celcom memang ada agenda untuk Melayu & Bumiputera dan orang-orang besar ramai yang Melayu selain majoriti pekerja adalah bangsa Melayu. Selepas ini, pasti ramai yang kena berhenti kerja di Celcom dan dan sebab itu, kita faham kenapa Celcom bagi sasaran penggabungan ini.

#ApaSudahJadi
#BiarmatiberdiridarihidupmelututpadaDAP

Amran Ahmad Nor
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3)
Pimpinan DAP yang dipecat kerana tak mahu DAP menang PRU14