Bawa Balik Abu : Bekas Orang Bawahan Chin Peng Dedah Wujud Penglibatan “Orang Dalam” Kerajaan?

1069

Dari Facebook Kamarul Yusoff;

PATUTLAH ABU CHIN PENG BERANI DIBAWA BALIK: ADA ORANG DALAM KERAJAAN YANG TERLIBAT RUPANYA

Ini adalah kata-kata Chai Kan Fook, bekas orang bawahan Chin Peng pada zaman komunis dulu, yang mengetuai jawatankuasa yang menguruskan urusan membawa balik abu Chin Peng, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star:
“Seseorang dalam kerajaan telah memberitahu kami bahawa tidak ada mana-mana undang-undang yang boleh menghalang kami dari membawa abunya balik”.

Siapa agaknya “orang dalam kerajaan” yang telah memberitahu jawatankuasa yang menguruskan urusan membawa balik abu Chin Peng perkara ini yang sekali gus bersubahat dalam urusan membawa balik abu Chin Peng ini?

Jom kita sama-sama cari siapa orang ini.