Bekas Pegawai Khas Ancam Mahu Dedah Nama Pemimpin MCA, Gerakan ‘Mengadap’ Guan Eng, Kit Siang Sebelum PRU14

2286

Susulan ugutan yang dibuat MCA Kapar untuk keluar parti sekiranya UMNO meletakkan calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang akan datang, bekas Pegawai Khas kepada Lim Guan Eng yang juga pernah memegang jawatan sebagai Pemikir Publisiti Melayu DAP ancam akan mendedahkan nama pemimpin komponen Barisan Nasional yang mengadap Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum PRU14.

Amran Ahmad Nor menulis;

Satu saja saya nak kata :

…Jangan sampai saya dedahkan nama pimpinan MCA, Gerakan yang menghadap Lim Kit Siang di Kuala Lumpur dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang beberapa minggu sebelum PRU14.

Budaya ugut atau meroyan dalam politik terutama parti yang terlalu bernafsu untuk bertanding bukan sahaja menimbulkan rasa meluat di kalangan rakyat, malah ia juga membantu pihak lawan untuk meraih kemenangan.

Apakah ini yang MCA Kapar mahukan? Apakah ada segelintir daripadanya yang mahu DAP terus berkuasa dan menjadi hero di kalangan masyarakat Cina dengan sabotaj parti sendiri? Kalau dah 95 peratus pengundi Cina undi DAP, apakah tiada di dalamnya ahli MCA?

Nasihat saya, biarlah kedua-dua presiden UMNO, MCA bincang dan putuskan siapa yang akan bertanding dalam PRK Tanjung Piai ini. BN ada peluang sebab PAS dah sudi nak tolong, janganlah ada khianat antara kita untuk menangkan PH.

Dalam hal ini, wajarlah MCA belajar bagaimama mahu menjadi diktator seperti Kit Siang, tiada siapa berani lawan…

Saya – bekas pegawai khas LGE, pemikir publisiti Melayu DAP @ HQ Jalan Pudu