Bekas Pegawai SPAD Mahu Berjumpa Untuk Mohon Maaf, Ini Jawapan Balas Mengejutkan Dari Najib

465

Susulan tular sebuah artikel berkaitan bekas Pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menyesal mengkritik pentadbiran kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pra PRU14 dan ingin bertemu untuk memohon maaf, akhirnya hajatnya telah mendapat perhatian dan respon dari mantan Perdana Menteri itu.

Baca juga: Akui Kesilapan Lalu, Bekas Pegawai SPAD Dianiaya PH Teringin Jumpa Najib Untuk Mohon Maaf

Melalui satu hantaran di facebook miliknya, Datuk Seri Najib Razak menulis;

Saya tidak pernah tersinggung dan tidak perlu permohonan maaf.

Insya-Allah. Jika kita ada ruang bertemu di mana-mana acara, kita boleh sembang sedikit.

Saya harap saudara Mohd. Aizat akhirnya akan mendapat keadilan daripada kerajaan PH.

Najib melalui hantaran itu menyatakan beliau tidak pernah tersinggung dan menegaskan bekas pegawai SPAD berkenaan tidak perlu memohon maaf kepadanya. Malahan, beliau juga menyatakan jika ada ruang untuk bertemu, beliau bersedia untuk mendengar keluhan dan bersembang dengan Mohd. Aizat.