Bekas Pegawai SPAD Mengeluh, Dakwa Ditipu Kerajaan PH?

1360

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa beberapa bekas pegawai dengan kelulusan ijazah dan pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum agensi itu dibubarkan selepas Putrajaya ditadbir Pakatan Harapan.

Sejak semalam, beberapa bekas pegawai SPAD telah mengeluarkan hantaran di facebook masing-masing dan menempelak tawaran yang diberikan kepada mereka.

Pemilik facebook Khairul Hanis menulis;

Setelah 4 bulan tunggu apa y dijanjikan akhirnya dptlah surat..terima kasih saudara Anthony Loke Siew Fook kerana menunaikan JANJI anda terhadap sya n rakan2 bekas staf SPAD..1000 kekosongan di JPJ ya..?opps..mungkin tersasul dlu ya..

Khairul Hanis di dalam hantarannya dilihat amat tidak berpuas hati dengan tawaran yang diberikan kepadanya sambil mempertikaikan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan seperti yang pernah dilaporkan portal Free Malaysia Today bertarikh 24 Mei 2018.

Free Malaysia Today pernah memetik kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di dalam laporannya seperti berikut;

PUTRAJAYA: Sebanyak 800 kakitangan tetap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan diserapkan ke dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, susulan pengumuman pembubaran agensi itu.

Beliau memberi jaminan semua kakitangan SPAD itu tidak akan diberhentikan dan akan mengisi 1,000 kerja kosong di JPJ.

“Kakitangan SPAD tidak perlu risau, mereka tidak akan disingkirkan atau diberhentikan.

“Kebetulan ada 1,000 kerja kosong di JPJ,” katanya.

Menurutnya, jawatan itu akan diutamakan kepada bekas kakitangan SPAD.

Pembubaran SPAD diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pertindihan tugas.

Susulan itu, bekas pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan simpati atas masa depan kakitangan SPAD yang hilang kerja, ketika rakyat sedang menjalani ibadah puasa dan menanti sambutan Aidilfitri.

SPAD ditugaskan merancang, menyelia dan menguatkuasakan semua perkara berkaitan pengangkutan awam darat di Malaysia Barat, dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak pada 2010.

Fungsi SPAD kini dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Sementara itu, pemilik akaun facebook Egard Mohd Aizat pula melalui hantarannya mengeluh;

Kerja dekat spad pegawai, degree qualification. Lps spad bubar, lepas 4 bulan merayu, tu dia, bg gred 19 lps tu cmpak sarawak. Dah nampak cara kerajaan aniaya orang? Lps tu nk sembang nk jd kerajaan yg lg baik dari BN.

Selain keluhan tersebut, hantaran bertarikh 11 Mac lalu dari pemilik facebook yang sama amat meruntun jiwa.

Beliau menulis;

Ni nak daftar maklumat anak. Pekerjaan nak letak macam mana? Loan untuk rumah pn kena tolak sbb takde kerja. Terima kasih kerajaan baru PH. Memang aniaya rakyat. Nak share silakan, harap boleh sampai ke perdana menteri atau ahli parlimen tmpat saya mengundi di Seremban, YB Anyhony Loke

Mungkinkah dengan memberikan penempatan sehingga ke Sarawak adalah sebahagian dari agenda terancang pembersihan penjawat awam seperti yang diakui oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming semalam?.

Baca juga: Proses Pembersihan Penjawat Awam Berpihak Kepada Kerajaan Lalu Sedang Dijalankan – Ong Kian Ming