YB “Beliau” Antara 3 Wakil Rakyat Dipecat DAP Kerana Sokong Perikatan Nasional

412

Oleh BERNAMA

DAP memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak dan Melaka yang menyokong Perikatan Nasional.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen berkata, mereka ialah Adun Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam dari Perak, serta Adun Pengkalan Batu di Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Yong dan Sivasubramaniam mengumumkan keluar parti, manakala Norhizam menyokong Perikatan Nasional.

Pada 2 Mac lalu, Norhizam yang juga timbalan pengerusi DAP Melaka menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri baru di bawah Perikatan Nasional.

Yong dan Sivasubramaniam pula mengisytiharkan mereka wakil rakyat bebas dan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional semalam.-BERNAMA