Belum Sampai 24jam PAS-UMNO Tandatangani Piagam, Usaha Gagalkan Muafakat Nasional Dikesan Disebar Melalui Media Sosial

1382

Belum pun sampai tempoh 24 jam Pas dan UMNO menandatangani piagam muafakat nasional semalam, satu infografik palsu dikesan disebarkan oleh pihak tertentu melalui media sosial.

Infografik yang tular selepas usai sahaja Himpunan Penyatuan Ummah itu dilihat cuba memberikan persepsi buruk bahawa kerjasama kedua-dua parti terbesar melayu islam itu hanya menguntungkan UMNO berbanding PAS.

Menurut infografik itu, Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diletakkan dikedudukan tertinggi sebagai Penasihat, diikuti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut difitnah menggalas jawatan Presiden gabungan tersebut.

Infografik yang tular di media sosial

Sementara itu, semakan yang dilakukan Malaysia Sentral mendapati infografik tersebut adalah palsu dan kemungkinan dibuat untuk menimbulkan rasa kurang selesa dikalangan ahli Pas.