Mereka bertiga pukul saya hingga cedera, handphone saya juga hilang” Gadis dakwa dipukul oleh pondan

Semalam tular sebuah video memaparkan seorang gadis pekerja sebuah farmasi terkenal yang bertempat di KLCC ditampar seorang pondan. Menurut saksi gadis itu ditampar apabila suspek berang dipanggil pondan. Suspek telah menarik tangan gadis tersebut sehingga keluar dari premis tempatnya bekerja ke kawasan lalu lalang pusat beli belah tersebut lantas terus mengamuk. Kejadian itu disaksikan pengunjung pusat beli belah tersebut.

Kejadian ini dirakam oleh rakan suspek yang turut berada ditempat kejadian. Selepas beberapa kali tampar oleh suspek, gadis tersebut cuba melawan untuk mempertahankan diri. Malangnya menurut laporan polis yang diterima, suspek bersama 3 lagi rakan menyerang gadis tersebut serentak, membuatkan gadis tersebut tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas dari situasi pergelutan antara mereka, suspek telah membawa gadis malang tersebut ke pusat security KLCC.

Salah seorang pondan telah mengugut ingin mengulangi perbuatan mereka, ini kerana mereka masih lagi berdendam dengan gadis malang tersebut. Akibat dari kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan di jari dan sakit di bahagian badan. Telefon pintar jenis IPhone 7 berwarna merah milik mangsa juga turut hilang dipercayai diambil oleh salah seorang pondan ‘lapok’ tersebut.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang wangi. Kes masih lagi dalam siasatan. Walaubagaimanapun, identiti mangsa telah dirahsiakan.