Berapa Peratus Rakyat Yang Percaya Itu Bukan Azmin? Soal Pengamal Media Sosial

603

Pengamal media sosial, Azizi Safar hari ini dilihat mempersoalkan satu laporan akhbar yang memetik kenyataan dari Ketua Polis Negara, Dato’ Abdul Hamid bin Bador berkaitan siasatan terhadap isu video semburit viral.

Melalui facebook miliknya, sambil mengongsikan keratan muka depan akhbar Berita Harian, beliau menulis;

Video tulen … tapi pelaku bukan Azmin.
Haziq mengaku dia bersemburit dalam video itu maka Haziq adalah betul orang dalam video itu?

Pakar boleh kenalpasti itu Haziq sebab itu Haziq kena reman bawah 377B tapi pakar tak boleh kenalpasti pasangan Haziq?

Agaknya berapa persen rakyat Malaysia yang percaya pendedahan ini? Rosak integriti pakar yang menganalisis video itu.

Peliknya, perompak stesen minyak, pencuri di pasaraya dan pembunuh kucing contohnya; boleh pulak pakar forensik buat pengecaman siapa pelaku-pelakunya dengan tepat hanya melalui rakaman kamera CCTV.

What to do, your wish is my command … Deng!