Boikot Kesatuan Eropah : TLDM Dijadikan Korban Pertama Keputusan Kerajaan PH?

921

Dari facebook Malaysia Military Power;

MANGSA PERTAMA SAWIT WAR

Hari ini diberitakan perolehan sistem peluru berpandu VL Mica untuk kapal perang LCS Maharajalela class tidak akan ditandatangani kerajaan. Perjanjian perolehan dengan MBDA asalnya merupakan sebahagian dari kontrak yang akan melengkapan LCS Maharajalela dengan sistem peluru berpandu pertahanan udara tersebut.

Perjanjian perolehan ini telah dipersetujui melalui LOI pada April 2018 dan nampaknya kini ia terbatal ekoran kerajaan Malaysia menimbal balas tindakan boikot eksport minyak sawit ke EU.

Kini kita dapat lihat, jalan diplomasi yang diambil Malaysia lebih memburukkan keadaan dan sekaligus meletakkan Malaysia dalam kancah trade war, berbeza dengan langkah pemerintah sebelum ini yang mengamalkan jalan diplomasi “prosper thy neighbour” yang lebih menguntungkan Malaysia.

Pihak yang paling rugi disini adalah TLDM selain peneroka Felda. TLDM sudah sekian lama mengalami kekangan aset yang semakin usang dan kini dengan pemberitaan mengenai pembatalan perolehan sistem peluru berpandu Mica untuk LCS Maharajalela, kita dapat menyaksikan sekali lagi bagaimana TLDM yang sepatutnya mengorak langkah kearah pemodenan dan penambahan aset kini bogged down dengan sikap dan polisi luar pemerintah yang kucar kacir.

Pemerintah harus ingat, dalam kita tak boleh nak berlagak konon kita kuat dengan bertindak melulu melalui diplomatic meltdown seperti era 70an atau 80an, seperti era Dawn Raid dimana zaman kini memerlukan setiap negara bekerjasama antara satu sama lain menuju kesemakmuran. Bertindak melalui diplomatic meltdown ini merugikan negara dan dalam keadaan pasukan kselamatan kita serba serbi kekurangan ia lebih memburukkan keadaan.

Pihak pemerintah juga harus tahu, pasukan keselamatan kita mengalami kekangan aset yang agak menyeluruh dan kritikal selari dengan perubahan threat perception serantau yang memerlukan ATM bertindak dengan lebih efisien.

Bagaimana kita nak harapkan pasukan keselamatan kita jika mereka diberikan aset sub standard, perlu melaksana tugas dengan kapal yang semakin tua, pesawat yang semakin dimamah usia, dengan ancaman konvensional yang semakin kompleks, dengan ancaman tidak konvensional yang semakin dinamik, dengan dasar luar negara yang lebih menjurus kepada mencari musuh dari bersahabat?

Untuk pengetahuan semua Frigate Stealth LCS Gowind TLDM telah pun di sesuaikan secara terperinci untuk mengoperasikan VL Mica. Bermakna sebarang pertukaran jenis Missile ada lah amat sukar dan merugikan.

Adakah Kita masih perlu menunggu lagi berapa tahun lagi nak tengok LCS kita ini berada di atas Air ini.

Jangan Nak Jadi Rojak sangat boleh?

MMP