Boikot Produk Bukan Islam Tindakan Mereka Yang Cetek Fikiran – Perdana Menteri

880

KUALA LUMPUR: Tindakan memboikot produk bukan Islam adalah tindakan mereka yang cetek fikiran, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan itu, gerakan seperti itu tidak akan mendatangkan kesan yang besar, malahan ia akan mengundang api kemarahan sahaja.

“Mungkin ada yang cetek fikiran, dia buat benda yang semacam tu tak berkesan, buat apa? Boikot ini satu senjata yang tak berkesan, cuma akan timbulkan kemarahan sahaja. Jadi jangan boikot barang sesiapa pun,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah melancarkan kempen mengutamakan pembelian produk Islam, di samping menggesa masyarakat Melayu Islam untuk memboikot barang buatan bukan Islam.