Bunuh 300 Penduduk Palestin Adalah Langkah Bijak – Netanyahu

283

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyifatkan tenteranya bertindak ‘secara bijak’ dengan membunuh lebih 300 penduduk Palestin berhampiran pagar di timur Semenanjung Gaza.

Dalam temubual dengan akhbar Hayom, beliau berkata: “Lebih 300 penduduk Palestin dibunuh berhampiran sempadan ketika cuba menceroboh pagar dan menculik askar kami.

“Kami menggunakan kekuatan dengan bijak dan penuh kuasa.”

Netanyahu juga berkata, dasar kerajaannya juga menyebabkan Hamas yang mentadbir Gaza berhadapan krisis ekonomi paling teruk.

Katanya, penduduk Gaza berada dalam tekanan ekonomi buruk dan Hamas mendiamkan diri untuk menahan tekanan besar di Gaza.

“Krisis ekonomi adalah masalah mereka, tetapi kemanusiaan masalah kami.

“Isu mengenai kebersihan, penyakit dan kami perlu menghalang ia berlaku lagi dan melakukan usaha pencegahan.

“Matlamatnya adalah pencegahan, tetapi juga menghalang masalah alam sekitar dan kemanusiaan yang boleh menjejaskan Israel,” katanya. — Agensi