#BuyMuslimFirst : DAP Paling Marah, Dakwa Bekas Ahli Seumur Hidup

639

Dari facebook Amran Ahmad;

Yang paling marah pasal kempen utamakan produk buatan Melayu-Islam ialah DAP. Buat apa nak terkejut, hakikatnya, DAP akan marah apa saja yang boleh untungkan Melayu-Islam dan suka kalau yang untung itu bangsa DAP semata-mata.

Lebih dari itu, masa PRU14, semua Cina sokong DAP itu namanya demokratik tapi bila ada Melayu baru nak sedar dan sokong beli produk buatan Melayu, dia kata kita rasis pulak.

Semasa saya jadi pegawai khas ketua menteri Pulau Pinang, tak pernah sekali pun LGE yang mengaku kononnya ketua menteri untuk semua kaum singgah makan kedai Melayu, saya tanya kenapa, dia jawab takut kena tampar dengan orang Melayu.

Saya tahu itu hanya alasan dia saja. Sebab sebenar ialah tak sokong peniaga Melayu dan hari-hari makan di kedai makanan Cina atau India sahaja. Kalau makan sebelah orang Melayu pun, hanya ketika makan free waktu buka puasa dengan PAS (masa itu zaman Pakatan Rakyat).

Paling tak leh lupa masa jadi pegawai khas LGE, kena sound dengan pemimpin DAP di HQ sebab suruh ustaz PAS baca doa masa konvensyen DAP Pulau Pinang.

Masa saya bekerja di HQ DAP pulak, tak pernah saya nampak mana-mana pemimpin DAP termasuk tokong LKS turun makan di mana-mana kedai makan Melayu yang bersepah-sepah di Jalan Pudu itu. Faham-fahamlah kat mana mereka akan kenyangkan perut.

Kalau dah bab makan pun tak sokong kedai Melayu, apa kejadahnya DAP nak ke kedai Melayu untuk membeli barang keperluan harian, repair kereta, potong rambut, beli barang sekolah anak atau untuk apa jua keperluan lain.

Lagi satu, pernah tak dengar DAP yang kita tahu banyak buat majlis makan malam kutip dana buat acara kat mana-mana kedai makan Melayu? Apa masalah kalau buat kat restoran Melayu, dah sah-sah halal untuk semua kaum.

So, wahai Melayu, kalau masih jugak tak nak sokong kempen utamakan produk buatan Melayu-Islam, saya pun tak tau lah nak cakap apa. Musuh kita sudah terang lagi bersuluh – DAP musuh yang nyata.

Memang betul kedai Melayu tak banyak macam kedai bangsa DAP, sebab itu kita kata – utamakan kedai Melayu-Islam dulu, kalau tak jumpa jugak barang yang dikehendaki, barulah ke kedai bangsa DAP, simple je kan nak faham.