Calon PH Dituduh Tipu Kelayakan Akademik, Ketua PPBM Pontian Sifatkan Kelulusan Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Yang Baik

731

PH memilih Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, sebagai calon PRK Parlimen Tanjung Piai, 16 November ini.

Susulan pengumuman yang dibuat itu, semalam tular melalui beberapa halaman blog, mendedahkan bahawa Karmaine Sardini tidak pernah bergelar arkitek seperti yang diwar warkan di media arus perdana.

Baca juga; Laman Blog Kaitkan Calon PH di PRK Tanjung Piai Sebagai Arkitek Palsu.

Lantaran itu, hari ini Ketua Bersatu Bahagian Pontian, Zulkifly Tasrep tampil mempertahankan calon dari Pakatan Harapan itu dengan menyifatkan bahawa umur mahupun kelulusan bukan jaminan untuk menjadi pemimpin yang baik.

Zulkifly yang pernah melalui pengalaman bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berkata, Karmaine layak bertanding pada PRK Tanjung Piai kerana ketokohan dan pengalaman yang dimiliki.