Cucu Perdana Menteri Pertama Singapura Langsung Perkahwinan Sejenis

803

CAPE TOWN: Cucu mendiang Lee Kuan Yew, Li Huanwu melangsungkan perkahwinan dengan pasangan sejenis di Afrika Selatan, menurut pasangannya, Heng Yirui yang mengumumkannya Instagram, semalam.

“Hari ini saya berkahwin dengan teman hidup. Saya teruja untuk saat-saat indah sebegini dengan Huanwu,” kata Heng.

Pasangan itu turut menghantar gambar majlis perkahwinan mereka kepada pergerakan anti diskriminasi lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT), Pink Dot Singapore.

Li adalah anak lelaki kedua Lee Hsein Yang iaitu adik kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Afrika Selatan adalah salah satu negara yang membenarkan perkahwinan sejenis. – Agensi