Dakwaan Ada Menteri “Masih Meraba”, Muhyiddin Sedia Letak Jawatan

800

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia meletak jawatan jika beliau menteri dimaksudkan Datuk A. Kadir Jasin.

Menteri Dalam Negeri berkata penasihat media perdana menteri berhak memberikan pandangan selepas setahun Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya, lapor Malaysiakini.

“Itu pandangan seorang pengamal media, walaupun dia [Kadir] dari Bersatu, tetapi kita serah kepada individu yang dimaksudkan beliau [untuk membuat keputusan], yang saya sendiri tidak tahu siapakah yang dimaksudkannya.

“Tetapi, kalau saya, saya berhentilah,” katanya.

Wartawan veteran kelmarin menggesa menteri yang “masih merangkak dan meraba-raba” agar meletak jawatan.

Katanya, rakyat sudah menunggu lama sejak setahun lalu untuk menikmati perubahan di bawah PH.