Datuk Bandar Pura-pura Mati Selepas Ditangkap Langgar Perintah Berkurung

367

Datuk bandar di sebuah bandar kecil di Peru berpura-pura mati akibat COVID-19 selepas ditangkap oleh pihak berkuasa kerana telah melanggar arahan perintah berkurung.


Gambar tular Jamie Rolando Urbina Torres menunjukkan dirinya terbaring sambil memakai topeng muka selepas ditangkap Isnin lalu.

Menurut pihak berkuasa, dia ditahan kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial dengan berkumpul bersama rakan-rakannya serta mabuk.

Bandar itu berada dalam perintah berkurung selama 66 hari lalu sejak diarahkan pihak kerajaan.

Peru setakat ini telah merekodkan sebanyak 104,020 kes dan 3,024 kematian.