DBKL Sakit Mata Dengan Papan Tanda Kami – Peniaga

565

DARI FACEBOOK SYAHIR ZAINAL;

DBKL SAKIT MATA DENGAN SIGNBOARD CUTE KAMI.

Minta doa rakan-rakan supaya mendoakan signboard Lysia The Cat (Anak bulus sulung saya) dari diturunkan malam ini.

Pagi tadi kami dapat notis supaya kami menurunkan signboard kami pada hari ini juga.

Panjang ceritanya. Yang penting team kami di Wangsa Maju dengan beraninya mempertikai wakil DBKL kerana kami sudah dapat lesen papan tanda dan lesen perniagaan. Ya, mungkin ada ralat sewaktu pemprosesan, tapi kami dah mohon dan ia diluluskan..

Material signboard tak diizinkan.

itu alasannya. walhal kami tahu punca sebenarnya bukan itu. Banyak e-aduan dari penyewa diatas kedai kami sebenarnya yang tak dapat nak letakkan signboard mereka. Ok kami boleh berbincang berkenaan itu.. Namun 6 minggu sudah tidak berjawab. Wakil DBKL juga mengaku mereka complain sahaja tapi bila call mereka tak jawab.

Now mereka (DBKl) terpaksa juga turunkan signboard Lysia.. Sedihnya.

Atas sebab mereka dah mengadu ke pejabat Yb Setiawangsa, dan sudah lalu Kementerian Wilayah, jadi suara mereka tiba-tiba kuat dan secara otomatiknya lesen signboard saya di anaktirikan begitu sahaja. Terikat namun tak bertali 🎵.

Baiklah, mereka (DBKL) dah dapat arahan. kita pun dah tak dan lagi nak merayu dan bincang itu ini..

Yang bestnya dalam 1 jam, banyak pula signboard kucing kami tak cukup syarat. pada asalnya kami terlebih kawasan meletak signboard, kemudian size terlalu besar, ada perkataan bahasa inggeris yang dituduh tak dapat pengesahan DBP dan kini material signboard pula.

Kami pun turutkan sahaja.

Saya kini dalam proses membantu DBKL menyenangkan urusan mereka menilai signboard yang sudah berkurun tak pernah disaman… Yang jika diikutkan dah berkurun juga lah sepatutnya diturunkan dengan pesanan “malam ini kami akan turunkan signboard”

Solidariti untuk LysiaTheCat. Sorry sayang. Papa dah cuba.. Jika ada rezeki, esok Lysia masih ada lagi disitu. Jika tiada, tak mengapa. Lysia sentiasa berada di hati papa dan warga Catzonia.