Didakwa Cabul : Leman Raja Lawak Bakal Saman Malu, Enggan Terima Permohonan Maaf

1190

PETALING JAYA – Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak hari ini bersama peguamnya bakal menyaman Bernama.com dan blog2 yang berkaitan termasuk newspaper kerana mengeluarkan berita yang mengelirukan kepada pembaca.

Bernama.com telah menulis “pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, November tahun lepas” sedangkan cerita asalnya ialah amat berlainan dari apa yang berlaku terhadap pertuduhan dan ternyata ianya adalah satu kerja jahat untuk menjejaskan nama baik beliau.

Jelas sekali pertuduhan itu hanyalah ingin memburukkan karier beliau dalam politik dan sebagai pencebur baru dalam bidang industri.

Menurut Leman, Bernama.com telah mengeluarkan satu berita yang jauh tersasar dari kes asal sedangkan pekerjanya masih lagi bersama dengan beliau.

Leman merujuk kepada peguamnya berkata, saman malu akan difailkan dalam waktu terdekat dan beliau bersama pekerja2nya akan membuat laporan polis terhadap bernama.com dan semua blog yang mengeluarkan berita yg berkaitan.

Permohonan maaf dari pihak Bernama.com tidak akan diterima oleh kerana untuk memberi pengajaran kepada penulis berita supaya berhati hati mengeluarkan berita sensasi yang berbaur fitnah dan menjejaskan reputasi seseorang.

Klik untuk bacaan penuh