Dikaitkan Hina TMJ: Patrick Teoh Dakwa Lupa Kata Laluan, Telefon Hilang

698

” Semua password (kata laluan) dia lupa termasuk untuk emel. Telefon bimbitnya pula didakwa hilang sehari sebelum dipanggil untuk siasatan”

Itu pendedahan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika mengulas perkembangan siasatan seorang penyampai video ternama yang ditahan baru-baru ini.

Berdasarkan laporan harian metro, PDRM dilaporkan akan membuat permohonan menyambung reman selebriti dan penyampai radio, Patrick Teoh di Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok.

“Permohonan sambung reman itu disebabkan Teoh, 73, enggan memberikan kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

“Tempoh tahanan reman sampai esok tetapi kita masih belum dapat melengkapkan kertas siasatan sebab Patrick Teoh ini tidak memberi kerjasama.

“Jadi mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kita akan memohon reman antara tiga atau empat hari lagi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Teoh sebelum ini ditahan di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu lalu sebelum dibawa ke bandar raya ini untuk direman sejak Ahad lalu.

Baca : Dikaitkan Dengan Video Yang Menghina TMJ, Pelakon Patrick Teoh Ditahan Polis

Dia ditahan berhubung muat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

Mengulas lanjut, Ayob Khan meminta masyarakat menghayati Rukun Negara sebelum mahu memuat naik kenyataan jelik yang menyentuh institusi beraja negara.

“Balik baca semula Rukun Negara, mana yang terlupa memuat naik komen jelik, bahasa kasar dan kurang ajar selalunya mereka tidak hayati Rukun Negara.

“Jika tidak, tindakan tegas menanti golongan yang biadap sebegini,” katanya.