Dimasukkan Ke Dalam Plastik Besar Seberangi Sungai Untuk Ke Sekolah

290

Seorang murid di sebuah kampung terpencil di Vietnam terpaksa dimasukkan dalam plastik besar sebelum dibawa berenang menyeberangi sungai semata-mata untuk ke sekolah.

Kanak-kanak tersebut dimasukkan dalam plastik lut sinar sebelum seorang lelaki membawa mereka menyeberangi sungai selebar 20 meter di wilayah Dien Bien.

Kanak-kanak dari kampung Huoi Ha itu dimasukkan dalam plastik bagi mengelak pakaian mereka basah.

Untuk pengetahuan, Kampung Huoi Ha mempunyai 500 penduduk, kebanyakannya bekerja sebagai petani.

Selepas berjaya menyeberangi sungai, kanak-kanak terbabit terpaksa pula berjalan sejauh 15 kilometer untuk ke sekolah untuk menimba ilmu.

Menurut penduduk di kawasan itu, ketika musim kemarau mereka akan menyeberangi sungai itu menggunakan jambatan sementara atau rakit.

Jika musim hujan pula, air sungai akan meningkat menyebabkan jambatan tidak dapat digunakan dan satu-satu cara untuk menyeberang ialah dengan berenang.

Difahamkan, kerajaan Vietnam kini sedang menyiapkan jalan raya ke kampung itu selain jambatan baru untuk kemudahan penduduk.

Sumber: Harian Metro
Read More : https://www.koolfm.com.my/masuk-plastik-demi-mencari-ilmu/