Dinafikan Sebagai Ahli Parti, DAP Hanya Pergunakan Jufazli Untuk Dapatkan Sokongan Di Sabah?

575

Aktivis politik yang diberkas Polis Diraja Malaysia berhubung penghinaan yang dilakukan beliau ke atas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada Sabtu lalu didakwa bukanlah ahli DAP.

Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin semalam mendedahkan, permohonan menyertai parti itu yang diserahkan Jufazli kepada 2017 tidak pernah diluluskan.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha DAP Sabah itu menimbulkan persoalan kerana Jufazli sebelum ini dikatakan pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik, penasihat DAP Sabah, Datuk Jimmy Wong.

Selayaknya, permohonan Jufazli itu dipertimbangkan memandangkan hubungan yang baik diantara beliau dengan penasihat DAP Sabah ketika menjawat jawatan tersebut.

Namun begitu, permohonannya untuk menjadi ahli parti itu jika benar tidak pernah mendapat kelulusan, ia secara jelas menunjukkan DAP hanya mempergunakan anak muda itu untuk meraih sokongan di Sabah.