Disifatkan Persenda Kerajaan PH, Finalis Maharaja Lawak Mega 2019 Kena Gam?

1172

Iliya dan Ropie menjadi pelawak terbaharu digam daripada tampil di program Astro.

Kedua-dua pelawak itu dihalang daripada menyertai rakaman Sepahtu Reunion Jumaat lalu.

Larangan itu dibuat oleh pihak tertentu selepas persembahan mereka pada final program Maharaja Lawak Mega yang dikatakan mempersenda kerajaan Pakatan Harapan atau PH.

MStar melaporkan jenaka tentang ph air yang teruk dikatakan punca kedua-dua pelawak digam oleh Astro.

Kedua-dua pelawak itu ketika bercakap kepada portal itu berkata mereka tidak menyangka jenaka berkenaan diambil serius oleh pihak terbabit.

Sebelum ini Shahrul Shiro telah digam kerana berkempen untuk Barisan Nasional.