Ditaja Da Ma Cai: Siapa Yang Bercakap Benar? Muhyiddin Atau Guan Eng?

264

Kontroversi berhubung lawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki dibayar oleh syarikat nombor ramalan, Da Ma Cai semakin memeningkan apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam mendedahkan bahawa kelulusan lawatan itu diluluskan ketika Barisan Nasional masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara pada 2017.

Kenyataan terbaru dari Menteri Kewangan itu sekali lagi menimbulkan tanda tanya, siapa sebenarnya yang bercakap benar dan siapa yang cuba memutar fakta.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media pada 12 Februari lalu secara jelas menyatakan bahawa beliau sendiri yang meluluskan lawatan tersebut.

Malaysiakini melaporkan;

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengetuai delegasi pasukan pegawai kanan pasukan keselamatan itu dalam lawatan ke Istanbul bagi belajar kaedah menangani jenayah judi dalam talian.

Menurutnya lawatan itu ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, di bawah Kementerian Kewangan.

“Saya luluskan lawatan itu. Saya tidak nafikan. Ini sesuatu yang diperlukan pasukan polis,” katanya kepada pemberita di Semenyih hari ini.

Menteri berkata beliau memberi kelulusan selepas pihak polis membuat permohonan tetapi tidak pasti jumlah pegawai yang menyertai program lawatan sambil belajar ke Turki itu.

Muhyiddin diminta mengulas artikel Sarawak Reportpada 10 Februari lalu mengenai lawatan berkenaan.

Artikel itu mendakwa kira-kira 16 orang pegawai menyertai lawatan itu dan sebanyak RMRM312,441 mungkin dibelanjakan untuk tiket kapal terbang kelas perniagaan dan tempat penginapan.

Sewajarnya, kenyataan-kenyataan yang menggambarkan ketidak sepakatan diantara menteri kabinet seperti ini perlu dielakkan. Malahan ia juga boleh mendatangkan persepsi kurang baik dikalangan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.

Rakyat tentu akan tertanya-tanya, siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak.