“Duit Rakyat Dibazirkan Untuk Membiayai Institusi Raja, Jabatan Agama” – Bekas Calon PRM Damansara

582

Bekas calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi Parlimen Damansara pada PRU14 lalu, Dato’ Wong Mun Kheong semalam melalui hantarannya di facebook didapati mempertikai tentang wang rakyat yang kononnya dibazirkan kepada institusi raja.

Wong menulis;

Inilah yang saya kurang jelas sampai hari ini

Sejak tahun lima puluh tujuh bertrillion-trillion ringgit duit dimiliki rakyat dibazirkan untuk membiayai institusi raja

Dan pada jangkamasa yang sama berbillion-billion ringgit duit dimiliki rakyat juga dibazirkan untuk membiayai jabatan agama kebangsaan

Ini soalan saya

Jika duit sebanyak itu dari awal-awalnya tidak dibazirkan untuk kegunaan yang dinyatakan di atas akan tetapi digunakan untuk memanfaatkan puluhan juta rakyat jelata sejak enam dekad yang lalu adakah kebuluran dan kemiskinan tidak wujud di negara ini

Artikel pendek ini bukan ditujukan mana-mana pihak ataupun mengutuk mana-mana agensi dan institusi tetapi kita harus membaca dengan minda yang terbuka

This country is currently going through an economic and political transition and Malaysians must think deep and think hard on what I’ve just mentioned

P/s terima kasih banyak sekali kepada mereka yang sudi meluangkan masa anda untuk memberi komen-komen mungkin anda tidak faham maksud yang terkandung maksud saya sebenarnya ialah kenapa wang yang begitu banyak sekali tidak digunakan untuk menolong orang melayu majoriti yang kini susah menyara hidup

P/s 2 nampaknya banyak kekeliruan setakat ini ramai yang masih tidak faham ataupun enggan memahami maksud yang sebenarnya ada juga yang memaki-maki serta name calling sedih buat saya bagi mereka yang menggelar mereka sendiri penganut agama tetapi berbuat demikian amat menyedihkan semua balasan serta respons saya telahpun saya memadamkan kepada sesiapa yang masih ingin berkomen silakan sekian terima kasih